HFMD di Perlis masih terkawal - exco

KANGAR, 18 Julai (Bernama) -- Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Perlis masih terkawal walaupun terdapat beberapa prasekolah dan taska ditutup setelah dikesan terbabit dengan penularan penyakit itu sejak minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bioteknologi & Teknologi Hijau dan Kesihatan negeri Teh Chai Ann berkata pihak Jabatan Kesihatan negeri kini meningkatkan langkah kawalan dan pencegahan bagi memastikan penyakit itu tidak terus merebak.

Beliau berkata sebanyak 190 kes HFMD dicatatkan bagi enam bulan pertama tahun ini dan sejak 13 Julai lepas, sebanyak 10 kes telah direkodkan di seluruh negeri.

Premis yang dikuarantin buat masa ini ialah Prasekolah Putera Bitara Sekolah Kebangsaan (SK) Paya dan Taska Bonda Ceria, Taman Haz Melati di Beseri serta Prasekolah Anjung Budi SK Oran di Arau, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata Prasekolah SK Paya diarahkan tutup bermula 13 Julai lepas dan dua lagi premis ditutup sejak semalam hingga 30 Julai ini.

Teh turut menasihatkan ibu bapa supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau terus ke hospital terdekat jika mendapati anak mereka dijangkiti virus itu.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2