Rawat kulit bermasalah dengan Dr Buds Organics

PETALING JAYA, 18 Julai (Bernama) -- Walaupun menjanjikan  dapat mengatasi  masalah  yang lazim dihadapi kini seperti jerawat, ekzema, kehilangan rambut serta  kelemumur,  produk penjagaan diri komersial boleh memburukkan lagi keadaan.


Ini mendorong pengasas bersama Dr Buds Organics, Soo Kian Kheng, seorang ahli kimia, menghasilkan rumusan penjagaan kulit yang selamat.


Soo, pengarah penyelidikan dan pembangunan I-Green (M) Sdn Bhd, pengeluar produk tersebut, berkata produknya diilhamkan oleh anak-anaknya yang mengalami ekzema ketika bayi dan pengalamannya sendiri berdepan masalah jerawat semasa remaja.


"Komen kasar oleh rakan  sekolah mengenai kulit saya menyebabkan saya merasa tertekan. Naluri melindungi dalam diri saya ingin memastikan jika saya boleh melakukan sesuatu tentang hal ini, saya mesti melakukannya. Dr Buds Organics adalah usaha saya untuk mencapainya," katanya pada majlis pelancaran  produk hari ini.


Produk Dr Buds Organics telah disahkan organik oleh Ecocert, antara badan pensijilan organik yang paling ketat dan dihormati di dunia.


Rumusanya termasuk bahan-bahan seperti minyak 'tea tree' yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, ekstrak anti-radang, aloe vera dan fruktan untuk menenangkan dan hidrat, serta prebiotik untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.


Produk  Dr Buds Organics berharga antara RM49.90 dan RM86.90 di laman webnya dan mulai 1 Ogos, rangkaian produk berkenaan boleh didapati di farmasi Guardian dan Pantai Hospital Kuala Lumpur.


Pembangunan Dr Buds Organics dihasilkan melalui sokongan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Dana Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan  (CRDF).


-- BERNAMA  








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018