KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pusat Perubatan Tropicana kini dinamakan secara rasmi sebagai Hospital Thomson Kota Damansara (THKD), berikutan majlis penjenamaan semula dan kerja akhir cerucuk pada pembangunannya, semalam.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Shatiri Mansor, dengan kehadiran Pengerusi TMC Life Sciences Bhd (TMCLS), Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir.
"Hari ini menandakan satu langkah penting dalam sejarah hospital kami dan TMC Life Sciences.Ia menandakan siapnya kerja cerucuk untuk pembesaran hospital. Dan hari ini, kami secara rasmi melancarkan hospital penjenamaan semula untuk dikenali sebagai Thomson Hospital Kota Damansara.
"Penjenamaan ini mencerminkan kami menjadi ahli salah satu kumpulan penjagaan kesihatan swasta yang tersenarai di Asia - Thomson Medical Group," kata Dr Khalid dalam ucapannya pada majlis itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama.
Dr Khalid berkata beliau telah berkhidmat dengan Pusat Perubatan Tropicana sejak penubuhannya pada tahun 2008.
THKD adalah ahli kepada Thomson Medical Group Ltd, sebuah platform penjagaan kesihatan di Singapura dan Indonesia.
Keahlian THKD dalam kumpulan tersebut membolehkan ia merujuk para pesakit, berkongsi pengetahuan dan kepakaran di kalangan doktor, jururawat dan profesional kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif THKD dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan TMCLS, Wan Nadiah Wan Mohammad Yaakob berkata pada majlis yang sama: "Penjenamaan semula ini adalah tepat pada masanya dan selaras dengan pelan tindakan untuk mengembangkan kedudukan kami di dalam dan di luar negara.
"Kami mahu menjadi jenama yang dipercayai bagi mereka yang memerlukan perhatian perubatan.
"Jenama Thomson bakal menjadi jenama sehenti untuk semua keperluan penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa," katanya.
Maklumat lanjut mengenai THKD boleh didapati di laman www.thomsonhospitals.com atau www.facebook.com/ThomsonHospitalKotaDamansara.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN