Hapuskan stigma tentang kesihatan,gangguan mental - Lam Thye

Tan Sri Lee Lam Thye (Gambar fail Bernama)

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu mengikis stigma sosial  terhadap mereka yang menghidap  masalah kesihatan mental tetapi sebaliknya  perlu meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental.


Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri Lee Lam berkata mewujudkan  tanggapan negatif tersebut bukan sahaja tidak memberi manfaat  malah menyekat  golongan itu daripada mendapatkan rawatan.


"Perbuatan mewujudkan stigma bukan sahaja memberi  kesan kepada individu yang menderita malah melunturkan semangat keluarga untuk memberi sokongan fizikal dan emosi kepada mereka yang terjejas.


Justeru, perbuatan menimbulkan prasangka akan mewujudkan halangan besar bagi mereka untuk mendapatkan rawatan sewajarnya, katanya ketika menyampaikan  ucaptama pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) ke-22, di sini hari ini.


Menurutnya, salah satu faktor wujudnya stigma tersebut dalam kalangan rakyat adalah susulan pendedahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jumlah penduduk  Malaysia yang mempunyai isu kesihatan mental meningkatkan tiga kali ganda dalam  tempoh dua dekad lalu.


Lee berkata masih banyak orang yang tidak dapat membezakan antara masalah kesihatan mental dengan sakit jiwa.


"Keadaan pertama mempunyai gejala stres berkala, manakala yang kedua pula melibatkan gangguan mental secara serius seperti skizofrenia dan gangguan dwikutub,"katanya.M


Menurut beliau, mekanisme penyaringan berkesan juga memainkan peranan penting di mana ahli profesional boleh membantu dalam mengenal pasti kemungkinan seseorang individu menderita akibat penyakit mental tertentu.


Di samping itu, semua pemegang kepentingan perlu memberi  sokongan kepada program kesihatan mental komuniti sedia ada bagi memupuk kesihatan mental dalam kalangan anggota masyarakat, katanya.Persidangan tiga hari itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan mendiidk masyarakat tentang isu berkaitan kesihatan mental.


-- BERNAMA 





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018