LABUAN, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 246 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di Labuan dari Januari hingga pertengahan Jun tahun ini, dengan dua tadika dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak diarahkan tutup, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.
Dalam satu kenyataan kepada Bernama, jabatan itu memaklumkan berlaku peningkatan jumlah kes tersebut di Labuan berbanding 212 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Sejumlah 23 kes direkodkan dari 7 hingga 14 Julai, dan ibu bapa dinasihatkan mengajar anak-anak mereka untuk menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun bagi mengurangkan kemungkinan dijangkiti dan menyebarkan HFMD.
Kebanyakan ibu bapa yang sebelum ini meletakkan anak-anak mereka di pusat jagaan kanak-kanak mengambil cuti bagi menjaga anak masing-masing berikutan kes tersebut.
"Saya terpaksa mengambil cuti hari ini sehingga Selasa minggu depan kerana penutupan pusat jagaan dari 19 hingga 23 Julai," kata seorang ibu, Mariam Lee Abdullah, 44.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN