HFMD: tiada penutupan sekolah, kelas di Selangor
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga kini tiada sebarang penutupan sekolah mahupun kelas di Selangor akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya memandang serius dakwaan yang tular di media sosial kononnya 51 sekolah ditutup di sebuah daerah dalam negeri Selangor.
"Didapati terdapat hanya dua kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua sekolah dan kedua-dua sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit tidak ditutup."
"Sekolah atau kelas yang terlibat tidak ditutup kerana mengambil kira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau meminta orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu selain daripada KKM.
Hari ini tular di media sosial kononya jangkitan HFMD kini berada di tahap serius di negeri Selangor dengan 51 sekolah di negeri itu telah ditutup ekoran penyakit itu.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa, pengusaha taska dan tadika serta guru-guru supaya sentiasa menerapkan amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran termasuk mencuci tangan dengan betul kepada anak-anak dan murid-murid.
Menurutnya, selain saringan di pintu masuk taska, tadika, prasekolah dan sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memeriksa anak setiap pagi sebelum dihantar ke pusat-pusat tersebut.
"Sekiranya anak menunjukkan sebarang gejala atau tanda jangkitan penyakit, dinasihatkan agar membawa anak untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
HealthEdge
EXCLUSIVE
Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››
IN FOCUS
TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN
APA ITU MELODY TPV?
Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.
UMSC: Pain Management
In Focus : UMSC Raya Open House 2018