Sumber gambar: ww2.dof.gov.my
SEREMBAN, 20 Julai (Bernama) -- Seorang individu dikatakan menghidap sakit kulit kronik selepas terkena sengatan ulat bulu laut di Port Dickson yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp beberapa hari lepas adalah tidak benar, menurut Jabatan Perikanan Malaysia.
Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, jabatan itu menyatakan pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan ia dianggap palsu (tidak benar) berikutan sehingga kini tiada bukti tentang kejadian tersebut berlaku di Port Dickson.
"Jabatan akan terus menyiasat, memantau dan berinteraksi dengan orang ramai, khususnya para nelayan. Hingga hari ini, tiada sebarang kes berkenaan spesies ulat bulu laut ini yang dikatakan 'menyerang' perairan Port Dickson sehingga menimbulkan kemudaratan kepada individu tertentu," katanya.
Menurutnya, pihak jabatan telah menghubungi Pegawai Kesihatan Daerah Port Dickson dan dimaklumkan bahawa tiada laporan secara rasmi diterima beliau berkaitan kejadian itu.
"Sekiranya dakwaan tersebut adalah benar, pihak jabatan mengesyaki ulat bulu tersebut adalah daripada spesies Chloeia flava yang terdapat di sekitar perairan Pantai Barat dan Pantai Timur.
"Ia dikhuatiri beracun serta memudaratkan manusia yang terkena sengatannya, seperti radang, melecur, sakit (pedih), serta pelbagai kesan sampingan lain," katanya.
Menurut kenyataan itu, bagaimanapun pihak jabatan akan melakukan pemantauan secara berterusan dan meminta orang ramai segera membuat laporan kepada jabatan sekiranya menjumpai hidupan tersebut untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN