HFMD: SJKC Chung Hwa, Sipitang masih ditutup

SANDAKAN, 21 Julai (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di Sipitang, masih ditutup berikutan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibol.



Beliau berkata sembilan lagi sekolah yang sebelum ini ditutup disebabkan penyakit yang sama, boleh dibuka semula untuk  sesi persekolahan Isnin depan.



Bagaimanapun, semua pihak sekolah di Sabah perlu terus melakukan pemantauan khususnya membabitkan murid pra sekolah, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah  Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatangan dan PPD Tongod di sini hari ini.



Maimunah turut meminta ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan segera membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan atau hospital berhampiran, jika mereka  mempunyai gejala HFMD.



Sehingga Rabu lepas, 10 buah sekolah di negeri ini ditutup berikutan kes HFMD yang membabitkan penutupan sekolah dan penutupan bilik darjah terlibat.



Kes HFMD di sekolah di negeri ini mula dikesan pada 11 Julai lepas yang bermula di Sekolah Kebangsaan Kiau Kota Belud. Sebanyak 32 kes murid terlibat mengalami HFMD diterima di 10 sekolah.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2