Dua pusat perubatan Malaysia jalankan ujian klinikal bagi penyakit Duchenne

KOTA KINABALU,  20 Julai (Bernama) -- Dua pusat perubatan di Malaysia kini sedang menjalankan ujian klinikal bagi merawat penyakit genetik yang dikenali sebagai 'Duchenne Muscular Dystrophy'.



Ujian klinikal itu yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ditaja oleh PTC Therapeutics, sebuah syarikat Biofarmaseutikal dari Amerka Syarikat, kata Catherine Jayasuria, pengasas Pakatan Duchenne, sebuah pertubuhan kebajikan global yang komited dalam  memupuk kesedaran bagi pembiayaan  rawatan penyakit itu.



Beliau menjelaskan bahawa Duchenne adalah penyakit  gangguan genetik yang jarang  berlaku  yang menyebabkan kelemahan otot yang progresif  bermula sejak awal usia kanak-kanak dan boleh  menyebabkan kematian ketika usia pertengahan  20'an disebabkan kegagalan jantung dan pernafasan.



Beliau berkata penyakit ini menjejaskan golongan  lelaki dengan nisbah  seorang  daripada  setiap 3,500  kanak-kanak  lelaki seluruh dunia, termasuk Malaysia, menghidapinya.



"Buat masa sekarang belum ada penawar bagi Duchenne dan usaha mencarinya bermula  dengan kesanggupan pesakit dan keluarga mengambil bahagian dalam ujian klinikal itu," katanya  pada acara pelepasan peserta  eskpedisi Gunung Kinabalu Pakatan Dushenne di sini.



Ekspedisi itu dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew yang juga  Menteri  Pelancongan, Kebudayaan  dan Alam Sekitar Sabah.



Catherine berkata ekspedisi tahun ini didedikasikan untuk memupuk kesedaran  kepada keluarga  agar  mengambil bahagian dalam ujuan klinikal itu.



Sementara itu Christina memuji usaha Pakatan Duchenne dalam menjadikan Sabah sebagai  platfom  untuk memupuk kesedaran terhadap penyakit itu serta mempromosikan negeri di bawah bayu itu kepada pelawat asing.



"Kerajaan negeri menyokong kegiatan  Pakatan Duchenne terutamanya ekspedisi Gunung Kinabalu itu yang mempromosikan pelancongan sukan untuk tujuan murni di Sabah," katanya.



Seramai 20 pserta dari  Malaysia, Denmark, United Kingdom, Maghribi and Jerman  mengambil  bahagian dalam ekspedisi itu bermula hari ini sehingga Isnin.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018