Restoran makanan segera diarah tutup di Semporna

SEMPORNA, 22 Julai (Bernama) -- Pejabat Kesihatan Daerah Semporna hari ini mengesahkan sebuah restoran  makanan segera di sini diarah  tutup selama tiga hari berkuat kuasa 20 Julai lepas.

Perkara itu disahkan Pegawai Kesihatannya Dr Shameer Khan Sulaiman kepada media selepas notis perintah tutup itu tular di media sosial sejak semalam.

Katanya arahan itu dikeluarkan hasil siasatan beberapa kes keracunan makanan serta hasil pemeriksaan berkala Jabatan Kesihatan.

"Cawangan itu diarah tutup berikutan masalah berkaitan pencemaran dan isu lain yang boleh menyebabkan masalah itu," katanya. 

Beliau berkata pihak  restoran memberikan kerjasama baik dan restoran makanan segera itu turut dibenarkan beroperasi semula.

"Pada 11 pagi tadi, Pejabat Kesihatan Daerah melawat restoran itu dan memberi kebenaran untuk beroperasi," katanya.

Dr Shameer turut berharap semua pemain industri sektor makanan di daerah itu dapat memastikan premis serta makanan dan minuman yang dijual terjamin bersih berikutan Semporna merupakan destinasi pelancongan terkenal.

""Kami amat mementingkan keselamatan dan kualiti makanan yang tinggi apabila melibatkan  kesihatan orang ramai," katanya.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1