Tiada penutupan sekolah di Kedah akibat HFMD - KP Kesihatan



ALOR SETAR, 22 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa tiada sebarang penutupan sekolah di Kedah setakat ini akibat kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan maklumat yang tular di media sosial yang mendakwa 11 sekolah di Kuala Muda terlibat dengan kes HFMD.

Sebaliknya beliau berkata hanya satu kluster HFMD dilaporkan berlaku di SJK(C) Tai Tong Taman Kempas dan satu notifikasi kes diterima melibatkan SK Teluk Wang. 

"Bagaimanapun sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit tidak ditutup," tegasnya menerusi satu kenyataan media hari ini. 

Beliau berkata sekolah tersebut tidak ditutup kerana mengambil kira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain. 

"Keadaan pelajar-pelajar yang terlibat di dua buah sekolah berkenaan adalah stabil dan terkawal," katanya.

Menerusi maklumat yang ditularkan di media sosial, terdapat 11 sekolah didakwa terlibat dengan kes HFMD, antaranya SK Hj Nyak Gam, SK Laguna Merbok, SK Seri Pinang, SK Sg. Pasir, SJK(C) Sin Kwang, SKJ(C) Sin Min B, SK Kem Lapangan Terbang, SJK(T) Saraswaty dan SK Ibrahim.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu selain daripada KKM. 

"Orang ramai juga diminta agar mengelak daripada menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1