Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menjawab pertanyaan pemberita ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan mengadakan dialog tertutup dengan doktor muda dan doktor pelatih dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah buli di tempat kerja, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata ia adalah susulan kajian yang dilakukan sebuah forum doktor dalam talian, ?Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)' yang mendapati hampir 80 peratus doktor muda pernah dibuli di tempat kerja.
"Kita harapkan dialog ini akan menjadi saluran alternatif bagi doktor muda membincangkan hal ini, kebajikan merekaharus diberikan keutamaan," katanya ketika ditemui dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Kajian oleh DOBBS itu turut mendapati 17 peratus daripada responden menyatakan kes buli itu sangat teruk sehingga mereka pernah memikirkan untuk membunuh diri.
Sementara itu, Dzulkefly berkata tindakan tegas juga bakal diambil kepada individu yang terlibat dengan pembulian doktor muda.
"Kita akan kenal pasti individu tersebut dan tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengelak pemangsaan doktor muda ini. Kita perlu mengenal pasti apa realiti sebenar dahulu sebelum langkah seterusnya diambil," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN