Lima pelajar di Kuantan hidap HFMD



KUANTAN, 23 Julai (Bernama) -- Kuantan menjadi daerah kedua di negeri ini yang merekodkan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan murid sekolah selepas Jerantut.

Pengawai Pendidikan Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata lima murid dari tiga sekolah rendah di sini, diberikan cuti selepas dikesan mempunyai penyakit tersebut. 

"Tiga pelajar itu merupakan murid Tahun Empat dan Enam di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Semambu dan masing-masing seorang di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching Utara dan SK Pelindung.

"Bagaimanapun, semua sekolah tersebut masih dibuka seperti biasa dan hanya murid yang terlibat dikecualikan kehadiran," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Mohd Razali turut meminta semua guru besar dan pengetua sekolah di daerah ini peka dengan murid  yang berkemungkinan mempunyai gejala HFMD supaya tidakan segera dapat diambil untuk mengelakkan  penularan penyakit itu. 

Setakat ini, Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus mengesahkan hanya SK Damak di Jerantut ditutup selama lima hari bermula hari ini  selepas 53 murid disahkan positif HFMD. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2