16 kes baharu HFMD di Pahang

KUANTAN, 23 Julai (Bernama) -- Enam belas kes baharu jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan dalam kalangan pelajar di sembilan buah sekolah di lima daerah di Pahang, dan semua mereka kini diberikan pengecualian kehadiran.

Pengarah Pendidikan negeri Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata empat  murid di daerah Kuantan yang disahkan menghidap HFMD ialah tiga pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Semambu manakala seorang di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching Utara.

Di Maran, ia melibatkan enam pelajar di SK Kampung Awah, manakala di Lipis masing-masing seorang murid di SK Gua, SK Wan Ibrahim dan SK Penjom serta seorang di SK Jalan Bahagia di Temerloh.

"Selain itu, seorang murid SJKC Khai Mun Chamang dan seorang di SK Sulaiman di Bentong juga disahkan menghidap penyakit itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tajuddin menambah semua sekolah itu bagaimanapun masih dibuka seperti biasa, dan semua guru besar dinasihatkan peka dengan murid yang menunjukkan gejala penyakit itu supaya tindakan awal dapat diambil.

Setakat ini, hanya SK Damak di Jerantut ditutup sehingga Jumaat ini, selepas 53 muridnya disahkan positif HFMD.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2