kira-kira 1,800 kes denggi di Sabah sehingga 21 Julai

KOTA KINABALU, 24 Julai (Bernama) -- Sebanyak 1,791 kes denggi direkodkan di Sabah sehingga 21 Julai ini, meningkat 666 kes berbanding 1,125 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.



Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata daripada 26 daerah di negeri ini, 12 daerah menunjukkan peningkatan kes denggi berbanding tahun lepas.



"Empat daerah dengan bilangan kes yang tinggi adalah Kota Kinabalu iaitu 491 kes, Tawau (357), Kunak (202) dan Lahad Datu (178)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Bilangan kematian akibat denggi di Sabah sehingga 21 Julai ini ialah 15 kes meningkat 11 kes berbanding cuma empat kematian direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.



Justeru, orang ramai perlu sentiasa peka dengan kebersihan persekitaran  mereka serta mengambil langkah perlu bagi memastikan nyamuk Aedes tidak membiak di kawasan masing-masing, kata Dr Christina.



Orang ramai dinasihat agar terus menjaga kebersihan kawasan masing-masing dan melakukan aktiviti ?cari dan musnah'  tempat pembiakan nyamuk Aedes.



Jika menyimpan air dalam bekas, sila pastikan bekas ditutup rapat atau dibubuh ubat jentik-jentik, dan pastikan tidak ada tempat takungan air yang terbiar di kawasan masing-masing. nasihat Dr Christina.



Mengikut Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975, pemilik premis boleh dikenakan kompaun serta merta tidak melebihi RM500 jika didapati bersalah membiarkan jentik-jentik membiak di premis mereka.



-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2