Sabah bebas Rabies perlu strategi baharu



TAWAU, 24 Julai (Bernama) -- Strategi baharu perlu diwujudkan sebagai tambahan kepada strategi sedia ada dalam mengekalkan Sabah bebas penyakit Rabies, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof.

Beliau berkata antara cadangan strategi itu, ialah menerusi pengezonan iaitu  kawasan yang berada dalam jarak 30 kilometer dari sempadan perlu dijadikan Zon Perlindungan.

"Dengan cara meningkatkan imuniti kelompok haiwan pembawa Rabies, ia mampu menyekat kemasukan serta penyebaran penyakit Rabies di sempadan darat," katanya.

Wakil rakyat Bongawan itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Simulasi Rabies Kebangsaan 2018 di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata kawalan pergerakan haiwan merentasi zon perlu di kawal selia dengan syarat-syarat pergerakan yang mampu melindungi zon bebas.

"Misalnya haiwan yang berada dalam Zon Perlindungan perlu didaftarkan dalam satu pangkalan data bagi memudahkan pengecaman haiwan serta pemiliknya," katanya.

Dr Daud turut mencadangkan strategi memvaksin, iaitu Polisi Rabies Negeri Sabah yang digubal pada tahun 1995 yang tidak membenarkan pemvaksinan di negeri ini, diubahsuai dengan mewajibkan vaksinasi di Zon Perlindungan.

Sedar mengenai pertambahan strategi itu memerlukan dana pembangunan terutama apabila Zon Perlindungan diwujudkan, katanya kementeriannya akan memberi keutamaan sewajarnya dalam permohonan bajet tersebut.

Sementara itu, Dr Daud berkata strategi sedia ada perlu diperkemaskan termasuk mengetatkan polisi import bagi kategori haiwan pembawa rabies dan prosedur kuarantin yang mantap.

"Selain itu, pihak yang mempunyai kuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu meningkatkan kerjasama menangani masalah Rabies, tanpa menjejaskan hak-hak haiwan tersebut seperti termaktub dalam Enakmen Kebajikan Haiwan 2015," katanya lagi.

Beliau turut mahu kempen pendidikan berkaitan Rabies diperkenalkan di sekolah-sekolah supaya kanak-kanak diperingkat awal tahu mengenai impak Rabies dalam masyarakat jika tidak dibendung.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018