Empat taska ditutup sementara akibat HFMD di Melaka

MELAKA, 24 Julai (Bernama) -- Empat taman asuhan kanak-kanak (taska) di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di sini diarah tutup sementara selepas terdapat kes jangkitan  penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada bulan ini.


Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong memberitahu pemberita di sini  hari ini, 10 kes melibatkan tiga taska direkodkan di Alor Gajah, manakala dua kes di sebuah taska di Melaka Tengah.


"Taska berkenaan diarah tutup selama 10 hari. Taska dii daerah Melaka Tengah diarah  tutup mulai 3 Julai.


"Bagi daerah Alor Gajah, taska pertama (empat kes) ditutup pada 16 Julai, taska kedua (3 kes) ditutup pada 17 Julai dan taska ketiga (3 kes) ditutup 5 Julai," katanya.


Low berkata mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, taska akan diarah tutup sekiranya terdapat dua atau lebih pelajarnya dijangkiti virus berkenaan.


Beliau berkata secara keseluruhan antara 1 Jan hingga 21 Julai tahun ini, sebanyak 1,280 kes HFDM  dikesan di negeri ini dengan 583 kes di daerah Melaka Tengah, 454 kes di daerah Alor Gajah dan 243 kes lagi di Jasin.


Jumlah itu melibatkan 80 peratus kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun dan 20 peratus pelajar berumur antara tujuh hingga 12 tahun dan setakat ini tiada kes kematian dilaporkan.


Low berkata sebagai langkah awal, bermula bulan Jun Jabatan Kesihatan Negeri diarah untuk melakukan pemantauan bagi membina kesedaran pengusaha taska agar menjaga kebersihan premis mereka.


"Saya minta ibu bapa agar lebih peka dan segera menghantar anak mereka ke klinik atau hospital berdekatan sekiranya  terdapat tanda-tanda jangkitan  seperti ruam di tangan dan ulser di mulut," katanya.


Di samping itu, semua pengamal perubatan di negeri ini diarah agar segera membuat laporan ke Pejabat Kesihatan Negeri sekiranya terdapat pesakit mereka yang mengalami tanda-tanda jangkitan HFMD.


"Mereka yang gagal membuat laporan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya," katanya.


-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018