201 kes HFMD dicatat di N.Sembilan minggu lepas

SEREMBAN, 24 Julai (Bernama) -- Sebanyak 201 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di Negeri Sembilan untuk tempoh 15 hingga 22 Julai lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata daripada jumlah itu, daerah Seremban mencatat 141 kes, Jempol (15), Port Dickson (14), Kuala Pilah (14), Rembau (9), Tampin (5) dan Jelebu tiga kes.


"Terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di negeri ini, di mana sehingga 19 Julai jumlah kes dilaporkan sebanyak 1,350 kes berbanding hanya 563 kes bagi tempoh sama pada 2017, peningkatan 139.8 peratus.


"Kes HFMD mengikut daerah tahun ini adalah 950 kes di Seremban, Jempol (102), Port Dickson (75), Rembau (73), Kuala Pilah (63), Jelebu (46) dan Tampin 41 kes," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata jumlah premis masih ditutup adalah dua taska dan satu prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Paroi di sini, manakala tiada sekolah yang ditutup sepenuhnya di negeri ini.


"Hasil  semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mendapati terdapat  satu wabak penyakit HFMD melibatkan tiga pelajar prasekolah di SK Paroi. Kesemua kes pelajar itu telah mendapat rawatan pesakit luar dan berada dalam keadaan stabil," katanya.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar langkah pencegahan hendaklah sentiasa diamalkan oleh orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika, tabika dan prasekolah untuk mencegah penularan virus HFMD.


Sementara itu, katanya 32 kes denggi dicatat sehingga 21 Julai, dengan daerah Seremban mencatat 22 kes, Jempol (4), Port Dickson (2), Tampin (2), Rembau (1) dan Jelebu satu kes.


Beliau berkata kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 746 kes, berbanding 2,336 kes pada tahun lepas, iaitu penurunan 68.1 peratus.


Katanya kumulatif kes kematian denggi 2018 adalah satu kematian berbanding 10  kematian untuk tempoh yang sama pada 2017.


"Kumulatif kematian pada 2017 adalah 11 kematian. Jumlah lokaliti wabak adalah 10 iaitu lapan di Seremban dan masing-masing satu di Port Dickson dan Jempol," katanya.


-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2