Pesakit diabetes Malaysia tertinggi di Asia



KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia setelah Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.

Beliau berkata kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

"Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak meunjukkan sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi," katanya.

Beliau memberitahu Bernama ketika ditemui pada Persidangan dan Perbincangan Agung Komplikasi Diabetes ke-10 (DCOM 2018) di sini, hari ini.


Justeru, kata Dr Mustaffa, diabetes merupakan satu daripada masalah kesihatan yang kenali sebagai pembunuh senyap.

"Justru, pada persidangan ini, pelbagai topik berkaitan aspek perubatan dan rawatan baharu untuk mereka yang menghidap diabetes akan dikemukakan bagi menangani masalah itu," katanya.

Sebanyak 11 pakar  dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia akan membentangkan  topik masing-masing pada persidangan dua hari itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengamal perubatan.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2