KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Herbalife Nutrition yang berpangkalan di Amerika Syarikat melantik pakar pemakanan Dr Hamid Jan Jan Mohamed sebagai ahli Lembaga Penasihat Pemakanan (NAB) pertamanya di Malaysia.
Presiden Bersama dan Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan Dr John Agwunobi berkata Hamid Jan merupakan pakar yang dipandang tinggi dalam bidang pemakanan dan dietitik dan dengan pelantikan itu, ia memberikan penambahan penting kepada pakar-pakar Herbalife dalam bidang pemakanan, sains dan kesihatan.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk memberi inspirasi kepada orang ramai yang menuju ke arah perubahan corak pemakanan dan gaya hidup positif, selain membantu menangani trend mega seperti kadar obesiti yang tinggi serta masyarakat semakin meningkat usia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelantikan Hamid Jan dalam lembaga itu mempamerkan dedikasi berterusan syarikat untuk meneruskan usaha dalam menginspirasikan tabiat pemakanan positif di Asia Pasifik menerusi galakan perkongsian erat bersama-sama pakar pemakanan serantau.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN