HFMD : Sebuah buah bilik darjah diarah tutup, 36 murid bercuti

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Sebuah kelas di Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2 di sini diarahkan tutup dan kesemua 36 murid bercuti 10 hari selepas empat daripadanya dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).


Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan terdapat empat kes HFMD dilaporkan membabitkan murid lelaki tahun tiga sekolah itu.


"Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Kepong, hanya bilik darjah terbabit diarah tutup mulai semalam. Notis penutupan itu, bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dibuat selain memastikan pelajar lain tidak dijangkiti wabak sama," katanya.


Sementara itu, tinjauan Bernama di sekolah terbabit mendapati aktiviti persekolahan berlangsung seperti biasa dengan pengurusan sekolah juga mengesahkan kesemua murid daripada bilik darjah terbabit sudah bercuti, mulai hari ini.


Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat peningkatan kes HFMD apabila 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara dari 1 Jan hingga 23 Julai tahun ini.


Pada minggu ke-29 iaitu 15 hingga 21 Julai lepas, sebanyak 3,852 kes HFMD dilaporkan berbanding 2,346 pada minggu ke-28 iaitu 8 hingga 14 Julai, menunjukkan peningkatan sebanyak 1,506 kes atau bersamaan 64.2 peratus.


Katanya pada 23 Julai iaitu hari kedua minggu ke-30, sebanyak 564 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara.


-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018