KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bercadang mewujudkan peraturan khusus bagi mengawal khidmat 'doula' (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita bersalin.
Menteri berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ibu serta kandungan terjamin semasa proses kelahiran.
"Kementerian sedang memantau amalan ini supaya kami dapat mewujudkan 'regulation' untuk mengelakkan kemudaratan.
"Kita tidak menghalang amalan-amalan seperti bidan yang menjadi tradisi, cuma kita mahu memastikan amalannya tidak berisiko kepada ibu atau janin dalam kandungan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas trend kelahiran di rumah termasuk tindakan mereka yang mempromosi dan berkongsi kaedah itu di media sosial.
Doula adalah pembantu atau peneman semasa proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi serta maklumat berkaitan kehamilan dan kelahiran seperti cara meneran dan bernafas.
Mengenai perkembangan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Dzulkefly berkata kementerian telah mengadakan kerjasama dengan syarikat pengeluar produk pencegahan jangkitan untuk bersama-sama menangani penularan jangkitan itu.
Katanya kerjasama itu menumpukan kepada usaha kempen kebersihan tangan dan operasi menyahjangkitan di taman-taman permainan dan di kompleks membeli-belah.
"Selain daripada itu, kita juga menjalankan saringan awal kepada anak-anak kecil sebelum mereka memasuki sekolah atau taman-taman asuhan, ini adalah beberapa langkah yang telah kita mulakan," katanya.
Setakat ini lebih 35,000 kes jangkitan HFMD direkodkan, namun tiada kes kritikal dilaporkan, tegasnya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN