Lebih 2,000 kes HFMD di Johor setakat 21 Julai



JOHOR BAHRU, 26 Julai (Bernama) -- Sebanyak 2,215 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) direkodkan di Johor  setakat 21 Julai lalu, meningkat 37 peratus daripada 1,607 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata peningkatan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kematian, sehingga kini. 

Namun begitu, terdapat sebanyak 320 buah taska, tadika, tabika dan prasekolah terlibat dalam kes itu, dengan 32 daripadanya telah dinasihatkan ditutup bagi tujuan pembersihan dan memutuskan rangkaian jangkitan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata pengusaha pusat jagaan terlibat turut diberikan pendidikan kesihatan bagi mendedahkan mereka dengan kepentingan kebersihan diri, premis dan disinfeksi.

Selain itu, Dr Sahruddin berkata mereka digesa agar  mengambil tindakan pencegahan dan kawalan seperti melakukan saringan kesihatan kepada kanak-kanak yang hadir ke taska, tadika dan prasekolah, mengasingkan pelajar yang telah dijangkiti serta memaklumkan kepada pihak kesihatan negeri sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana HFMD.

"Memandangkan kes meningkat, pendidikan kesihatan berkaitan HFMD turut disebarkan kepada orang awam bagi memaklumkan terdapat virus HFMD iaitu EV 71 yang boleh mengakibatkan komplikasi iaitu dehidrasi, encephalitis (keradangan otak), kegagalan jantung, kegagalan sistem pernafasan dan kematian. 

Ini bagi memastikan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada  anak-anak mereka di rumah," katanya.

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2