24 kanak-kanak dijangkiti HFMD di Pulau Pinang masih dirawat



GEORGE TOWN, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 24 kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang masih menerima rawatan di beberapa buah hospital termasuk hospital swasta di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin berkata semua mereka yang berusia setahun hingga 10 tahun itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Ketika ini seramai 24 kanak-kanak masih dirawat di hospital membabitkan masing-masing seorang di Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Parit Buntar(HPB) di Perak.Pesakit di HPB itu adalah kanak-kanak yang kena jangkitan HFMD di Nibong Tebal namun menerima rawatan di sana berikutan berdekatan dengan rumahnya.

"Manakala 21 lagi kanak-kanak menerima rawatan di enam buah hospital swasta di negeri ini.Semua mereka (24 kanak-kanak) yang dirawat dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 96 kes baharu HFMD dilaporkan semalam iaitu meningkat 12 kes berbanding hari yang sama minggu lepas dan ketika ini jumlah kes dicatatkan dari Januari hingga semalam ialah 2,696 kes berbanding 1,117 kes pada tahun lalu.

Dr Afif berkata setakat semalam, sebanyak 20 premis masih ditutup membabitkan empat buah sekolah rendah, taska(enam), tabika (empat), pra sekolah (empat) dan sebuah pusat jagaan.

"Sekolah yang masih ditutup ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Moh Gee Pusat membabitkan tujuh kes murid dijangkiti HFMD, SJKC Beng Teik Pusat(dua kes), SJKC Kwang Hwa (13 kes) dan Sekolah Kebangsaan (SK)  Juara melibatkan dua kes,"katanya.

Katanya semua fasiliti iaitu sebanyak 850 premis membabitkan pra sekolah, tadika, taska dan pusat jagaan telah dilawati pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagi membuat pemeriksaan dan pemantauan berhubung penularan HFMD di negeri itu.

HFMD ialah penyakit disebabkan virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

HFMD disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 serta Enterovirus 71 (EV71) dan virus itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2