KOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjadi perintis Projek Rekod Penjagaan Kesihatan Elektronik (EHR) Helium, iaitu sistem kesihatan elektronik bagi mengubah pengendalian dan pengurusan fail tradisional kepada digital.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis berkata langkah itu selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 yang sedang dilaksana di seluruh negara.
"Menerusi sistem ini, maklumat pengurusan pesakit dapat dicapai dengan mudah dan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja."
"Dalam jangka masa panjang, kita harapkan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai langkah penjimatan kos pengurusan di hospital-hospital kerajaan," katanya ketika melancarkan projek itu hari ini.
Projek dibangunkan syarikat tempatan Helium Health Technologies itu adalah antara projek menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) yang diseliakan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), melalui anak syarikatnya YIM Technology Resources Sdn Bhd.
Beliau berkata kementerian itu akan meneruskan dan menambah baik program-program yang memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya program HIP 6, yang digerakkan oleh YIM dengan sokongan penuh SME Corp Malaysia, akan diperkasakan untuk terus memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN