Kes denggi di Perak berkurang sejak Januari

IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Kes denggi di Perak menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini dengan hanya mencatat 1,739 kes berbanding 4,318 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata empat kes kematian dilaporkan berbanding lapan kes dalam tempoh sama.

Katanya penurunan mendadak itu disebabkan kesedaran masyarakat selain usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani wabak tersebut.

"Apa yang boleh kami katakan, masyarakat sudah semakin peka tentang bahaya wabak denggi. Banyak kawasan yang sebelum ini berlaku kes denggi telah dibersihkan dan dijaga dengan baik.

"Bantuan daripada kerajaan negeri melalui pelbagai agensi terutama membabitkan aktiviti pencegahan seperti gotong-royong juga banyak dijalankan dan kami harap ia akan diteruskan daripada semasa ke semasa," katanya kepada pemberita sempena Program Gotong-Royong Mega anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Program yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man itu turut disertai kira-kira 500 penduduk dan kakitangan MBI.

Paul Yong berkata beliau telah mengarahkan semua PBT di seluruh Perak supaya menjalankan aktiviti gotong-royong dua kali setiap bulan bagi memastikan penurunan kes denggi berlaku secara berterusan.

Sementara itu, Zamri berkata 18 notis dihantar kepada pemilik lot kosong di sekitar Meru awal bulan ini kerana didapati tidak menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Katanya tindakan tegas akan diambil sekiranya pemilik lot berkenaan engkar dan tidak memandang serius hal berkenaan.

"Perkara ini perlu diambil maklum dan bagi saya hanya kesedaran dan kepekaan masyarakat sahaja yang boleh membasmi wabak ini daripada terus menular," katanya.

-- BERNAMA

 


MAT SS3 KLS





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2