HFMD: 37,986 kes direkod seluruh negara hingga Khamis



KUALA SELANGOR, 28 Julai (Bernama) -- Sebanyak 37, 986 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara setakat Khamis, dengan kebanyakan negeri kecuali Sarawak merekodkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Menteri Kesihatan Dr Zulkefly Ahmad berkata jumlah wabak HFMD yang dilaporkan pula ialah 1,093 dengan 539 premis iaitu 241 taska, 259 tadika dan 39 sekolah, ditutup di seluruh negara.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kes HFMD tertinggi iaitu sebanyak 11, 349 kes diikuti Kuala Lumpur (4,428) dan Sarawak (4,412).

"Kita menyeru semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan dengan menerapkan amalan kebersihan di kawasan rumah dan sekolah," katanya yang ditemui selepas menghadiri program gotong-royong perangi aedes di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, Dr Zulkefly berkata kementerian akan mempergiatkan program gotong-royong secara mega di seluruh negara terutamanya di Selangor, dengan penglibatan komuniti setempat sebagai langkah memerangi denggi.

"Seperti yang kita ketahui Selangor masih lagi merekodkan situasi denggi tertinggi di Malaysia apabila sejumlah 21,648 kes dicatatkan mulai 1 Jan hingga 21 Julai tahun ini.

"Susulan itu, saya juga mahu Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama) dan penduduk setempat di kawasan flat serta pangsapuri di negeri ini memainkan peranan aktif dalam aktiviti pembersihan bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas aedes," katanya.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2