BUKIT MERTAJAM, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mendapati terdapat tren peningkatan kes demam denggi sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus setiap minggu sejak bulan Mei lepas hingga sekarang di seluruh negara berikutan cuaca hujan dan panas.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye berkata pihaknya memang menjangkakan perkara itu kerana setiap tahun apabila tiba cuaca hujan dan panas, jumlah kes akan meningkat kerana lava nyamuk aedes lebih banyak.
"Secara keseluruhan memang ada penurun kes demam denggi iaitu 38,910 kes dari Januari hingga semalam berbanding 55,744 pada tahun lepas iaitu penurunan 31.5 peratus, malah jumlah kematian juga menurun dari 131 kematian pada tahun lepas berbanding tempoh sama hanya 61 kematian tahun ini.
"Tetapi kita lihat ada tren peningkatan sejak Mei lepas kerana keadaan cuaca hujan dan panas, bila hujan akan berlaku takungan air dan semasa panas lava tersebut akan menetas menyebabkan banyak nyamuk aedes. Sebab itu kami mahu orang ramai menjaga kebersihan," katanya pemberita selepas merasmikan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Pulau Pinang di Taman Pauh Indah, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Dr. Afif Bahardin dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah.
Dr. Lee berkata Kementerian Kesihatan turut mengambil langkah segera dengan mengenalpasti lokasi banyak berlaku kes demam denggi supaya dapat memusnahkan tempat pembiakan aedes yang aktif.
Katanya selain itu, pihaknya juga mengambil tindakan bersepadu iaitu gotong royong secara besar-besaran dengan melibatkan penduduk setempat, ketua komuniti dan agensi kerajaan bagi memastikan tempat pembiakan aedes dimusnahkan.
"Tanggungjawab menjaga kebersihan ini perlulah di semai dan dipupuk di kalangan masyarakat terutama dalam membanteras nyamuk aedes dan demam denggi dan ia tidak boleh ditanggani oleh Kementerian Kesihatan sahaja," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk di situ yang menyertai gotong-royong berkenaan Mohd Razak Ahmad,42, berkata masyarakat di kawasan tersebut menyambut baik program itu dan berharap ia dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung penyakit demam denggi yang boleh membawa maut.
"Mungkin gotong royong seperti ini boleh dilakukan sebulan sekali melibatkan semua pihak terutama penduduk di sini, bila kawasan bersih baru tiada nyamuk aedes dan tiada kes demam denggi kerana sebelum ini banyak kes demam denggi direkodkan di Taman Pauh Indah," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN