Mangsa pertama HFMD

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak meninggal dunia hari ini dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.

Katanya, mangsa dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak, mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.

Beliau berkata kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.

Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2