Satu dari setiap enam kematian disebabkan kanser

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa satu daripada setiap enam kematian adalah disebabkan kanser, tetapi tidak kira bagaimana kesannya, ini tidak harus mendorong kita untuk percaya bahawa kita tewas dalam usaha melawan penyakit itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata beberapa tahun sebelum ini, orang hanya bercakap tentang kemoterapi dan radioterapi bagi rawatan kanser tetapi sekarang Malaysia telah meneroka penggunaan pelbagaii modus terapi selaras dengan standard rawatan antarabangsa kepada pesakit tempatan.

Dr Lee juga berkata Kementerian Kesihatan menyokong peruntukan bagi rawatan kanser, kaedah diagnostik dan alat pemeriksaan.

"Ini termasuk menubuhkan beberapa Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) kebangsaan mengenai tppik kanser dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti mammogram, sprogram pemeriksaan sendiri payu dara dan inisiatif berhenti merokok," katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Presiden Kongres Perubatan ke-52 Malaysia-Singapura (MSCM) dan Acara Gala Jade Ribbon, di sini malam ini.

Acara MSCM itu bertemakan "Battling Cancer - What is Your Role?" merupakan kerjasama oleh tiga organisasi - Akademi Perubatan Malaysia, Kolej Pakar Perubatan dan Persatuan Onkologi Malaysia.



-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018