TELUK INTAN, 30 Julai (Bernama) -- Sebanyak 203 kes demam denggi dengan lapan lokaliti wabak direkodkan di daerah Hilir Perak sejak Januari hingga Julai tahun ini berbanding 139 kes dalam tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Penolong Pengarah Vektor Jabatan Kesihatan negeri Dr Rizawati Mahpot.
Beliau berkata, statistik berkenaan menunjukkan berlaku peningkatan kes sebanyak 46 peratus.
"Kita dapati peningkatan ketara kes demam denggi adalah selepas musim Pilihan Raya Umum ke-14 dan ketika bulan puasa kerana kawasan tapak bazar dan pasar besar kelazimannya adalah antara punca wabak itu menular sebelum dibawa ke kawasan perumahan.
"Bagaimanapun, trend kes denggi telah menurun sejak dua minggu ini hasil tindakan bersepadu dan agresif Pejabat Kesihatan Hilir Perak dengan bantuan agensi-agensi kerajaan terlibat sejak tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Gotong Royong Perdana peringkat negeri yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu di Pasar Besar Teluk Intan di sini, hari ini.
Lapan lokaliti itu ialah Taman Intan Mas 2, Taman Changkat, Taman Indah, Pasar Besar Teluk Intan, Kampung Terengganu, Taman Intan Baru, Taman Impian dan Jalan Woo Saik Hong.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN