KKM siasat rapi kes gangguan seksual - Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan rapi berhubung laporan aktiviti gangguan seksual ketua jabatan ortopedik sebuah hospital di Lembah Klang, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana  melibatkan mangsa wanita.

"Kita akan berbincang dengan serius dan menyusuri perkara ini dan kami juga sedang membuat siasatan rapi hingga ke akar umbi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan ketua jabatan terbabit menjadikan doktor pelatih wanita sebagai sasaran dan mengugut akan menggagalkan latihan perubatan mereka jika tidak mengikut kehendaknya.

Antara modus operandi ketua jabatan itu ialah meminta doktor pelatih untuk minum bersamanya sebelum melakukan sentuhan seksual secara paksa. Seorang daripada mangsa mendakwa telah membuat laporan polis namun tiada tindakan diambil.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata tiada kes kematian baharu akibat penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan setakat ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dimaklumkan terdapat satu kes melibatkan kanak-kanak berusia 11 bulan yang kini berada di Unit Rawatan Rapi  di Hospital Sibu, Sarawak.

"Namun keadaan dia adalah lebih stabil dan semakin pulih," katanya.

Sabtu lepas, seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak meninggal dunia dipercayai akibat dijangkiti HFMD.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1