Wabak HFMD di Negeri Sembilan naik 186 peratus - Exco



SEREMBAN, 30 Julai (Bernama) -- Kes wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan dilaporkan meningkat 186.2 peratus dengan mencatatkan 1,634 kes sejak Januari hingga hari ini, menurut exco kesihatan negeri, S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah tersebut terus meningkat berbanding 571 kes dalam tempoh sama tahun  lepas.

Beliau berkata daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,151 kes diikuti daerah Jempol (129), Port Dickson (93), Rembau (85), Kuala Pilah (80) serta Tampin dan Jelebu, masing-masing dengan 48 kes.

"Jumlah taska, tadika atau prasekolah yang masih ditutup adalah sebanyak enam buah iaitu lima di Seremban dan satu di Port Dickson. Tiada sekolah yang ditutup sepenuhnya di Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Justeru, beliau meminta pengusaha pusat pendidikan dan jagaan kanak-kanak  supaya segera melaporkan kluster wabak itu kepada Pejabat Kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

Sebagai langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya anak yang dijangkiti wabak itu tidak dibawa ke tempat awam, sekolah atau tadika.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018