Parlimen: Tindakan ke atas premis jagaan kanak-kanak catat kekerapan kes HFMD



KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) luar biasa boleh diambil tindakan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihak kementerian akan memantau perkembangan kes berkenaan dan berbincang mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

"Pastinya wabak seperti ini perlu dicatat dengan baik, dan taska atau premis seperti ini andainya berlaku kekerapan luar biasa perlu diambil tindakan," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung  tindakan kerajaan terhadap premis penjagaan kanak-kanak seperti taska yang mencatat statistik kes HFMD yang tinggi.

Dzulkefly bagaimanapun berkata sehingga kini belum ada tindakan yang diambil terhadap mana-mana premis atas isu sedemikian.

Mengulas lanjut, beliau berkata 39,408 kes HFMD dicatat dari 1 Jan hingga 29 Julai lepas dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi 11,669 kes, diikuti Kuala Lumpur (4,552) dan Sarawak (4,551).

Menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) berhubung produk tertentu yang dikatakan efektif dalam mengubati HFMD, Dzulkefly berkata kementerian meneliti beberapa syor termasuk keberkesanan satu vaksin yang sedang diusahakan Taiwan.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2