Lebih 600 kes Tibi di Negeri Sembilan tahun lepas

TAMPIN, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 631 kes penyakit Tuberculosis (Tibi) dengan 43 kematian pada tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah itu bagaimana pun menyaksikan penurunan sebanyak 10 kes berbanding 641 kes pada tahun 2016 dan 666 kes pada 2015.

"Sepanjang tahun 2017 sejumlah 35,212 pesakit yang mempunyai tanda dan gejala Tibi telah disaring di Negeri Sembilan. Hasil daripada saringan tersebut, didapati seramai 152 pesakit dikesan positif Tibi melalui ujian kahak dan X-ray dada," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Sembilan, di Dewan Perdana Tampin, di sini.

Veerapan berkata, kesedaran awal mengenai tanda-tanda awal penyakit Tibi dikalangan masyarakat amat penting bagi membantu mencegah penularan wabak itu.

"Pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit Tibi telah dilaksanakan secara berterusan melalui penyebaran poster-poster dan risalah kepada semua fasiliti kesihatan.

"Kempen mengenai penyakit Tibi akan terus diperhebatkan supaya maklumat mengenai penyakit ini dapat dihayati dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat," katanya.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018