KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Masyarakat perlu mengikis stigma terhadap mereka yang mendapatkan kaunseling atau rawatan berhubung masalah kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pandangan serong terhadap individu sedemikian menyebabkan mereka yang menghadapi masalah itu enggan tampil mendapatkan bantuan daripada pihak profesional.
"Mesti berlaku satu perubahan dan anjakan berkenaan tanggapan masyarakat terhadap mereka yang mendapat rawatan ini supaya ia tidak dipandang serong atau negatif.
"Andai kata ia dapat ditangani, kita mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah tersebut (mendapatkan rawatan)," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Laporan sebelum ini menyebut kajian Kementerian Kesihatan pada 2017 mendapati 18,336 rakyat negara ini seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan dalam saringan minda sihat melibatkan 273,203 individu.
Tambah Dr Dzulkefly, kementerian akan memperkukuh strategi sedia ada dan membuat penambahbaikan dari segi promosi dan pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi masalah kesihatan mental.
"Antaranya ialah dengan melaksanakan saringan dalam kalangan ibu mengandung dan bersalin bagi mengenal pasti tanda-tanda awal kemurungan.
"Ini bagi mengelak lanjutan kemurungan bagi ibu yang berpotensi mengalami meroyan atau dikalangan ahli perubatan dikenali sebagai 'post-partum depression'," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN