UMSC fokus usaha bina jenama



KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC) menyasarkan platform pameran dan persidangan berkaitan kesihatan sebagai sebahagian daripada strategi mempromosi jenamanya.

Eksekutif Pemasaran UMSC Noorrazidah Azmi berkata, selain meningkatkan kesedaraan jenama, langkah tersebut penting untuk menguar-uarkan kepada orang ramai mengenai kepakaran dan perkhidmatan UMSC.

"Kami akan menyertai persidangan dan pameran berkaitan kesihatan untuk tahun-tahun akan datang kerana ia merupakan platform yang sangat baik untuk meningkatkan kesedaran jenama kami," katanya ketika ditemubual oleh Bernama sempena Persidangan dan Pameran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) kali ke-26 di sini, hari ini.

Penyertaan UMSC dalam APHM 2018 merupakan penglibatan kali keempat. APHM 2018 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. 

Menurut Noorrazidah, UMSC kini mempunyai 40 buah klinik, empat buah klinik pergigian, 10 buah bilik pembedahan, 95 buah katil dan lima buah katil di unit penjagaan kritikal.

"Bukan itu sahaja, di UMSC kami mempunyai lebih 220 orang perunding, kebanyakkannya profesor yang berpengalaman dalam bidang kepakaran klinikal serta mempunyai kakitangan melebihi 300 orang," katanya.

UMSC yang ditubuhkan pada 1998 kini memberi perkhidmatan kesihatan kepada 400 hingga 600 pesakit sehari.

"Berbeza daripada hospital biasa, UMSC turut mempunyai 'super pakar' yang boleh dirujuk mengikut keperluan pesakit," tambah beliau.

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2