HFMD: Jabatan Kesihatan Melaka keluar arahan disinfeksi

MELAKA, 31 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan disinfeksi di semua tempat awam termasuk pasar raya, klinik, hospital dan taska di seluruh negeri ini sebagai langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Anggota Exco bagi Kesihatan Negeri Low Chee Leong berkata langkah berkenaan perlu dilakukan pada semua peralatan atau taman permainan yang sering digunakan atau terdedah kepada orang awam khususnya kanak-kanak.

Beliau berkata satu pasukan khas juga telah diwujudkan bagi memantau arahan disinfeksi berkenaan agar ia dipatuhi dan dilaksanakan segera.

"Selain itu, latihan pencegahan dan tunjuk ajar cara disinfeksi akan dilakukan.  

"Setakat ini sebanyak 1,522 kes jangkitan HFMD telah direkodkan di negeri ini,"  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini empat kes wabak HFMD melibatkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska)  dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika),  satu kes terbaharu dilaporkan di sebuah taska di Alor Gajah yang diarahkan tutup pada 25 Julai.

Katanya, sehubungan itu semua pihak khususnya pengusaha taska dan tabika  serta ibu bapa perlu peka dengan situasi semasa jangkitan berkenaan dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak anak mereka dijangkiti wabak tersebut.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1