120 kes HFMD direkodkan di Tawau setakat Julai ini



TAWAU, 1 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Tawau merekodkan 120 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di daerah ini melibatkan kanak-kanak di prasekolah serta sekolah rendah.


Pegawai Kesihatan Tawau Dr G Navindran berkata kes itu mulai dikesan sejak Januari hingga Julai tahun ini dan semakin meningkat sejak dua minggu lepas.


"Hingga kini lapan taska di Tawau diarah tutup dan satu bilik darjah di sebuah sekolah rendah di sini ditutup selepas dikesan punca berlaku jangkitan.


"Apabila kita mengesan terdapat satu atau dua kes HFMD sama ada di taska kita arah tutup untuk kerja-kerja pembersihan bagi menghindari kanak-kanak lain dijangkiti," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Pejabat Kesihatan Daerah di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Navindran mahu ibu bapa mengambil penekanan tinggi dalam menjaga kebersihan anak-anak ketika bermain di kawasan tumpuan orang ramai seperti di taman permainan.


Katanya ibu bapa juga disaran menyediakan pencuci tangan anti bakteria untuk dibawa ke sekolah, sekali gus membantu mengurangkan penularan jangkitan tersebut di sekolah.


Beliau turut menggesa ibu bapa yang mengesan anak memiliki simptom HFMD supaya membawa ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan segera.


-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2