HFMD: Tiada keperluan untuk tutup semua sekolah

Gambar fail

KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menutup semua sekolah di seluruh negara bagi mengawal penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negara ini biarpun jumlah kes meningkat, kata  Menteri  Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

Sebaliknya, beliau menasihatkan agar masyarakat, khususnya pengusaha premis taska, tadika dan prasekolah, mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit itu.

"Statistik kes HFMD telah meningkat iaitu 40,198 kes hari ini berbanding 39,408 kes pada 29 Julai lepas.

Setakat ini, tidak ada keperluan untuk menutup sekolah di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini hari ini.

Dzulkefly ditanya pemberita jika Kementerian Kesihatan akan mengarahkan semua sekolah di seluruh  negara ditutup berikutan jumlah kes HFMD yang semakin meningkat.



Beliau turut memberitahu sebanyak sembilan sekolah masih diarahkan tutup iaitu tujuh di Sabah dan masing-masing satu di Pulau Pinang dan Pahang.

Di Sabah pula, beliau berkata sebanyak 2,200 kes direkodkan hari ini, meningkat daripada 2,195 kes semalam melibatkan Kota Kinabalu, Beaufort, Sandakan, Tawau dan Penampang.

Ditanya pemberita mengenai kes gangguan seksual seorang ketua jabatan ortopedik sebuah hospital di Lembah Klang, Dr Dzulkefly enggan mendedahkan profil suspek agar tidak mengganggu proses siasatan.

Beliau turut meminta pihak media supaya tidak memperbesarkan isu tersebut dan memberi ruang kepada kementeriannya untuk menyiasat perkara itu dengan rapi.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 29 Julai lepas melaporkan ketua jabatan terbabit menjadikan doktor pelatih wanita sebagai sasaran dan mengugut akan menggagalkan latihan perubatan mereka jika tidak mengikut kehendaknya.

-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018