Parlimen: 5,082 doktor pakar pelbagai bidang berkhidmat di fasiliti KKM seluruh negara



KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Terdapat 5,082 doktor pakar dalam pelbagai bidang yang sedang berkhidmat di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara setakat 31 Mei lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah tersebut, 300 orang merupakan pakar bedah.

Katanya kementerian sentiasa menggalakkan pegawai perubatan untuk mengambil bidang kepakaran mengikut minat masing-masing bagi menampung permintaan perkhidmatan kepakaran yang sentiasa meningkat.

"Kementerian juga menggalakkan pegawai perubatan menjalani latihan kepakaran melalui program bidang laluan paralel (bidang selari), serta melantik semula pegawai perubatan pakar yang telah tamat kontrak untuk berkhidmat dengan KKM mengikut keperluan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) mengenai langkah diambil kementerian dalam meningkatkan jumlah pakar perubatan dan pakar bedah bagi mengelakkan pesakit daripada menunggu dan menanggung kesakitan dalam tempoh yang lama sebelum bertemu dengan pakar.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata kementerian juga melantik semula secara kontrak pegawai perubatan pakar warganegara Malaysia yang telah bersara wajib untuk berkhidmat dengan kementerian.

Kementerian juga mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta untuk berkhidmat secara berkala dan menggalakkan pakar perubatan warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara untuk pulang ke tanah air, katanya.

Kementerian juga meningkatkan slot tajaan Hadiah Latihan Persekutuan kepada 1,000 orang bagi menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam program sarjana.

Menurut Dr Dzulkefly, antara langkah yang diambil bagi mengurangkan masa menunggu mendapatkan rawatan ialah memperluaskan konsep Hospital Kluster di mana perkhidmatan kepakaran dapat diakses oleh penduduk luar bandar dan mengurangkan kes-kes rujukan ke hospital berpakar.

Katanya melalui konsep itu yang melibatkan gabungan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di dalam kawasan geografi yang sama bagi membentuk satu entiti, beberapa prosedur pembedahan dapat dilakukan di hospital tanpa pakar.

"Kementerian turut mengaplikasikan 'Lean Healthcare' dalam proses rawatan pesakit di Jabatan Kecemasan dan di klinik pakar yang akan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit untuk berjumpa dengan pakar serta mempercepatkan proses kemasukan ke wad.

"Konsep ini telah meningkatkan kecekapan dan kelancaran proses dengan menghapuskan langkah-langkah yang membazir dan tiada nilai tambah memandangkan aktiviti berulang yang menyebabkan ketidaklancaran pergerakan pesakit di klinik dikurangkan atau dihapuskan sama sekali bagi memastikan aliran pesakit tidak terganggu," katanya.

Kementerian, katanya turut melaksanakan pembedahan elektif pada hari Sabtu bagi mengurangkan waktu menunggu pembedahan elektif.

Selain itu, kaedah Full Paying Patient (FPP) diperkenalkan di hospital kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kepakaran kepada pesakit yang berkemampuan untuk membayar penuh kos perubatan dan mengurangkan masa menunggu untuk bertemu pakar.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1