225 murid di Pahang dikesan mengalami HFMD

KUANTAN, 2 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 225 murid di seluruh Pahang dikesan mengidap penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan diberi cuti kuarantin bagi membendung penyakit itu daripada terus merebak.

Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata penyakit itu mula dikesan di kalangan pelajar sekolah pada 13 Julai lepas dan telah merebak ke 73 buah sekolah membabitkan 225 pelajar di semua 11 daerah di negeri ini.

"Berdasarkan catatan sehingga semalam, murid sekolah rendah merupakan bilangan paling ramai yang menghidap HFMD membabitkan seramai 156 murid manakala di kalangan prasekolah 67 murid telah dikesan dan dua orang lagi membabitkan pelajar sekolah menengah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jerantut merupakan daerah paling ramai yang dikesan HFMD dalam kalangan murid sekolah yang melibatkan sebanyak 108 orang daripada 10 buah sekolah.

Katanya, daerah Bentong dan Kuantan masing-masing mencatatkan 24 pelajar terkena jangkitan penyakit itu daripada 11 sekolah di setiap daerah berkenaan, manakala di Temerloh 16 murid di sembilan sekolah, Maran (15 murid di lapan sekolah), Raub (sembilan murid di enam sekolah).

Daerah Lipis (sembilan murid di empat sekolah), Bera (lapan murid di tiga sekolah), Pekan (tujuh murid di enam sekolah), Rompin (empat murid di empat sekolah) dan Cameron Highlands (seorang murid di sebuah sekolah).

Tajuddin berkata,  kesemua pelajar yang dikesan mengalami HFMD itu telah dibenarkan bercuti sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Setakat ini, katanya tiada penutupan sekolah dibuat berdasarkan kes-kes HFMD yang dikesaan membabitkan 73 buah sekolah di seluruh Pahang itu.

"Kita sentiasa mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan saling bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani permasalah HFMD ini," katanya.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2