Dakwaan tular Econsave Lahad Datu punca sebar HFMD tidak betul

LAHAD DATU, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaraya Econsave Lahad Datu menafikan penularan dakwaaan terdapat kanak-kanak lelaki dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) setelah berkunjung ke pasaraya tersebut.


Pengurusnya, Masni Nursalam berkata pada 1 Ogos lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertemu pihak pengurusan bagi memberikan poster Cegah HFMD untuk dilekatkan di pintu masuk pasar raya selain berpesan supaya Econsave mengambil langkah berjaga termasuk menjaga kebersihan troli dan menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk.


"Tiada sebarang kenyataan dari KKM bahawa Econsave Cash n Carry Lahad Datu terlibat seperti dakwaan yang tular di media sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Sejak 27 Julai sehingga hari ini, Masni berkata pihaknya melaksanakan pelbagai langkah pencegahan seperti disyorkan KKM iaitu membersihkan troli serta menyediakan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pelanggan.


"Terima kasih atas kerjasama penduduk Lahad Datu dan berharap tiada lagi penyebaran palsu berkaitan Econsave," katanya.


Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu, Dr Amirul Hisham Zainol menyarankan agar seluruh pasar raya di daerah ini turut menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk pasaraya.


--BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018