Menteri Kesihatan puas hati selepas lawatan ke Sabah

KOTA KINABALU, 2 Ogos (Bernama) -- Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berpuas hati selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena lawatan kerja beliau yang pertama ke Sabah semalam.


Beliau berkata pertemuan tertutup dan berasingan dengan pegawai kesihatan di Kota Kinabalu itu adalah untuk mengena lpasti permasalahan yang wujud dalam kalangan pegawai perubatan yang digambarkan sebagai "budaya kerja toksik" di hospital.


Dzulkefly berkata hasil pertemuan itu, beberapa perkara turut ditimbulkan selain isu melibatkan polisi, kekangan dalam menjalankan tugas serta isu berkaitan perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan.


"Tujuan diadakan perjumpaan berasingan dan tertutup adalah mendengar dan meneliti perspektif yang berbeza daripada Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar mengenai situasi kerja mereka serta kekangan yang dihadapi," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.


Selain itu, beliau turut diberi taklimat mengenai operasi Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta kekangan yang dihadapi terutama perkhidmatan forensik dan ambulan.


Beliau berkata meskipun menghadapi keterbatasan fasiliti pakar perubatan forensik, Hospital Queen Elizabeth berjaya mengendalikan pelbagai perkhidmatan forensik di Sabah.


Bagaimanapun, Dzulkefly berkata dalam lawatan mengejutnya ke klinik kesihatan Putatan, beliau mendapati fasiliti klinik itu perlu diberi perhatian antaranya siling di bilik pemeriksaan yang tidak selamat, penghawa dingin tidak berfungsi, dua mesin  'Full Blood Count (FBC)' rosak dan kekurangan "reagen" untuk mesin ujian biokimia yang berulang.


Sehubungan itu saya komited untuk membincangkan semua permasalahan tersebut sama ada di peringkat pengurusan tertinggi KKM atau Kabinet bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan terbaik," katanya.


-- BERNAMA

 








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2