Denggi:1,307 premis positif pembiakan Aedes di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenal pasti sebanyak 1,307 premis yang didapati positif pembiakan Aedes di Terengganu setakat Sabtu lalu (28 Julai).


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata jumlah itu adalah hasil pemeriksaan 111,957 premis di seluruh negeri setakat ini.


"Bilangan premis yang dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan 2000 pula ialah sebanyak 778 premis. Daripada 778 premis itu, sebanyak 480 premis telah membayar kompaun tersebut dengan nilai RM83,190," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebanyak 190 kes demam denggi dilaporkan di Terengganu setakat ini iaitu penurunan 14 kes berbanding 204 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.


Sepanjang tempoh itu, sembilan wabak telah berlaku namun hanya tiga lokasi masih berlaku wabak aktif ketika ini iaitu di Kampung Tok Saboh di Besut, serta Gelugor Kedai dan Kampung Padang Kamunting di Kuala Terengganu.


Mengulas lanjut, beliau berkata daerah yang mempunyai bilangan kes denggi tertinggi ialah Besut dengan 88 kes diikuti Kuala Terengganu (44 kes), Kemaman (18 kes), Marang (15 kes), Kuala Nerus (10 kes), Dungun (7 kes), Setiu (4 kes), dan Hulu Terengganu (4 kes).


"Bilangan gotong-royong yang telah dibuat setakat ini ialah sebanyak 212 kali dan operasi membunuh jentik-jentik telah dilakukan di 102,154 premis manakala 76,164 premis pula telah dibuat semburan.


"Orang ramai juga perlu meneruskan pemantauan di sekitar rumah masing-masing untuk mencari dan memusnahkan mana-mana tempat takungan air yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk Aedes ini," katanya.


-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2