IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Perak di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) kini di peringkat akhir untuk memperkenalkan Kad Kesihatan dan Makanan sebagai usaha meringankan beban golongan kurang berkemampuan.
Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata menerusi langkah itu, sejumlah wang belum ditentukan jumlahnya akan dikreditkan dalam kad tersebut yang akan menggunakan sistem seperti kad debit.
"Penerima boleh mendapatkan rawatan asas di klinik swasta serta membeli barangan keperluan asas seperti gula, beras dan lain-lain. Bagaimanapun, jumlah yang akan diberikan belum ditetapkan," katanya dalam satu temu bual khas bersama Bernama di kediamannya di sini, baru-baru ini.
Ahmad Faizal, yang juga Pengerusi PH Perak, menjelaskan terdapat beberapa kekangan seperti akses penggunaan peralatan kad itu yang perlu disediakan di kampung-kampung sebelum kemudahan tersebut boleh diperkenalkan kelak.
"Peralatan seperti itu cuma berada di pasar raya, jadi ia tidak memudahkan orang kampung untuk membeli barangan keperluan. Fokus kita untuk membantu mereka di pedalaman dan kampung-kampung kecil," katanya, sambil berharap pengenalan kad itu dapat dilaksanakan tahun ini.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, berkata kerajaan negeri akan menyeragamkan pajakan tanah bagi semua kawasan penempatan di negeri itu kepada 99 tahun termasuk bagi pemilikan yang akan tamat tempoh.
"Kita mahu pastikan tiada rakyat merasakan mereka masyarakat kelas kedua atau ketiga, sebab itu kita komited untuk membuka lot tanah untuk semua kaum.
"Bagi kawasan baharu yang sudah ada pajakan 99 tahun, tidak perlu (diseragam), namun yang sudah lama dan pajakannya berbaki 30 atau 60 tahun seperti di Tambun dan Tapah boleh sambung sehingga 99 tahun," katanya.
Beliau, yang juga Anggota Parlimen Tambun, berkata pihaknya memahami harapan rakyat berhubung pengeluaran hak milik tanah kekal namun ia perlu dirujuk kepada kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan Majlis Tanah Negara serta Kanun Tanah Negara.
"Perkara ini agak kompleks kerana ia berkaitan dengan Perkara 92 Perlembagaan Persekutuan," katanya sambil menyatakan komited untuk membuat penyelarasan tersebut.
Selain itu, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta untuk membantu Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Perak tahun ini.
"Jumlah bantuan berdasarkan per kapita bilangan pelajar di setiap sekolah. Namun pada masa yang sama kita juga akan meneruskan bantuan kepada sekolah tahfiz, sekolah agama dan sebagainya," katanya.
Jelas beliau, kesemua inisiatif dilakukan kerajaan negeri itu pada masa kini adalah janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
"Fokus kita untuk melaksanakan manifesto ini yang menjadi tanggungjawab utama. Selain itu, kita juga mendapati banyak perkara lain yang boleh kita laksanakan walaupun tidak dimasukkan dalam manifesto sebelum ini," katanya.
Pada PRU14, PH memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional (BN) (27) manakala PAS (3).
Bagaimanapun, PH berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 31 kerusi, apabila dua ADUN BN menyatakan sokongan kepada gabungan itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN