PM lawat Hospital Langkawi



LANGKAWI, 4 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan lawatan singkat ke Hospital Langkawi di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Hospital Langkawi Dr Mansor Ismail yang kemudian menyampaikan taklimat mengenai hospital berkenaan.

Dr Mansor turut menyampaikan potret lama Dr Mahathir yang dirakam sewaktu Anggota Parlimen  Langkawi itu menyandang jawatan pegawai perubatan di pulau ini lebih 60 tahun lepas sebagai cenderahati. 

Dr Mahathir kemudiannya dibawa meninjau beberapa buah wad di hospital berkenaan. 

Perdana menteri yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di sini malam tadi untuk lawatan rasmi sehari yang menyaksikan antara lain  beliau merasmikan Langkawi Nature Park, sebuah taman alam semula jadi di Kampung Belanga Pecah serta Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Langkawi di Kuah. 

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2