IPOH, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan kini di peringkat akhir merangka pelan skim perlindungan insurans kesihatan untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta.
Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata skim insurans kesihatan yang dicadangkan itu akan dibentangkan di Parlimen semasa sidang bagi Bajet 2019 pada Oktober.
"Sebagai contoh, kita akan memberikan perlindungan insurans sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 setahun untuk satu keluarga bagi perbelanjaan perubatan atau caj rawatan apabila ditempatkan dalam wad.
"Skim pembayaran insurans itu akan ditetapkan pada kadar paling minimum bersesuaian dengan tahap kemampuan golongan B40," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 25 Tahun Pertubuhan Talasemia Perak di Tokong Tow Boo Keong di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang mencadangkan sistem insurans kesihatan wajib untuk rakyat di negara ini bagi menampung peningkatan kos penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN