KKM tanggung RM1.77 juta berikutan dewan bedah HPP belum siap



GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa menanggung kos tambahan RM1.77 juta berikutan dewan bedah di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dalam proses naik taraf masih belum siap sepenuhnya.

Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kos tambahan itu adalah bagi menampung operasi perbelanjaan pembedahan termasuk membayar kerja lebih masa kepada petugas berikutan terpaksa menjalankan pembedahan pada hari Sabtu bagi mengatasi kesesakan pesakit menjalani pembedahan.

"Berikutan itu, kami terpaksa lanjutkan pembedahan pada Sabtu sehingga pukul 6 petang di HPP serta di Hospital Kepala Batas berbanding sebelum ini hanya hari bekerja sahaja dan KKM bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1.77 juta untuk tampung kos operasi perbelanjaan pembedahan pada hari Sabtu," katanya.

 Projek naik taraf itu bermula Feb 2016 dan sepatutnya siap Feb tahun ini namun terpaksa dilanjutkan sehingga Disember ini berikutan kelewatan pihak kontraktor dan konsultan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta mendengar taklimat berhubung perkembangan projek naik taraf itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang Ir Shahabuddin Mohd Muhayidin.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018