Kementerian tiada maklumat dakwaan wujud pihak tertentu tutup laporan



GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan wujud pihak tertentu menutup laporan dibuat doktor pelatih yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Badan Penyiasatan Bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu gangguan seksual itu akan meneliti perkara berkenaan pada mesyuarat pertama yang dijangka berlangsung minggu depan.

"Saya tidak tahu dan tiada maklumat berhubung perkara itu (pihak tertentu menutup laporan dibuat doktor pelatih berhubung gangguan seksual) tetapi saya ingin maklumkan, kami komited dan akan bekerjasama dengan Badan Penyiasatan Bebas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  mengadakan lawatan serta mendengar taklimat berhubung perkembangan projek Dewan Bedah di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, badan bebas itu yang dianggotai wakil Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan akan menjalankan siasatan kes itu secara terperinci.

Baru-baru ini, laporan muka depan akhbar The Star bertajuk “A sex predator is in the house” menyebut terdapat seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

 Dalam perkembangan berasingan, Dzulkefly mengakui orang Melayu paling ramai dijangkiti virus HIV sepanjang tahun lepas seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini.

Katanya, kementeriannya akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat berhubung langkah-langkah yang akan diambil kerajaan untuk menangani penularan virus berkenaan yang dikaitkan dengan aktiviti seks songsang.

Mingguan Malaysia dalam laporan esklusifnya menyebut orang Melayu paling ramai menghidap HIV pada tahun lepas dengan jumlahnya mencecah 1,800 kes berbanding 725 (Cina) dan 240 kaum India. Laporan itu juga menyebut, jumlah berkenaan mewakili 54 peratus daripada keseluruhan 3,347 penghidap yang dikesan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2